Salam kepada semua penternak,
Syarikat kami telah berjaya menghasilkan dedak soya yang diberi nama SOYA PRIME 100.
Dedak ini telah diuji oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka dan mengandungi kandungan nutrien seperti berikut:
1. protein 19.54%
2. Lemak kasar 1.71%
3. Gentian kasar 21.21%
4. Jumlah abu 3.30%
5. Kalsium 0.38%, dan
6. Tenaga kasar 19.27Mj/kg
7. Peratusan kelembapan 10-15%
Dedak ini sesuai sebagai makanan tambahan kepada lembu, kambing, ayam dan itik dan dijamin tahan lama.
Ianya akan mula dipasarkan pada April 2008 pada harga pasaran RM 25/50kg. harga ini termasuk penghantaran di seluruh semenanjung Malaysia. Syarat-syarat penghantaran dan bayaran dinyatakan dibawah;
1. Tempahan minimum untuk penghantaran adalah 5
tan
2. Tempahan hendaklah dibuat seminggu lebih awal daripada tarikh penghantaran.
3.Pembeli perlu menjelaskan separuh daripada harga belian pada tarikh tempahan dan bakinya selepas barang diterima.
4. Pembayaran baki hendaklah dibuat tidak lewat daripada 3 hari selepas penghantaran.
5. Segala kerosakan, kehilangan, kemalangan, kecurian dan kecuaian sebelum dan semasa penghantaran akan ditanggung oleh pihak kami.
6. Sebarang kerosakan, kemalangan, kehilangan, kecuaian atau seumpamanya terhadap barangan yang telah diterima oleh pembeli tidak akan ditanggung oleh syarikat kami.
7. Semua bayaran hendaklah dibuat melalui 'bank in'.
Disebabkan kami merupakan syarikat kecil, jadi pengeluaran harian pada masa ini adalah terhad ( sebab modal kecil untuk beli mesin, nak dapat bantuan kewangan daripada kerajaan banyak sangat birokrasi.lagipun mereka tak layan sangat
syarikat-syarikat kecil ni). Itu sebabnya kami memerlukan masa tempahan yang agak lama. Insya-Allah dari masa ke semasa kami akan meningkatkan mutu perkhidmatan untuk memuaskan hati semua rakan-rakan yang memberikan sokongan.
Pihak kami akan memberikan keutamaan kepada pembeli yang membuat tempahan+ bayaran pendahuluan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi distributor boleh menghubungi terus saya di talian 019-6288787.
Saya berharap usaha ini dapat meringankan bebanan rakan-rakan penternak dalam menghadapi kos makanan ternakan yang semakin meningkat.
Pertanian adalah perniagaan,
Salam,
KHAIRUL NIZA YAHYA
Managing Director
Meranti Prime
Tired of visiting multiple sites for showtimes?
Yahoo! Movies is all you need