Search the web
Sign In
New User? Sign Up
myladang
? Already a member? Sign in to Yahoo!

Yahoo! Groups Tips

Did you know...
Message search is now enhanced, find messages faster. Take it for a spin.

Best of Y! Groups

   Check them out and nominate your group.
Having problems with message search? Fill out this form to ensure your group is one of the first to be migrated to the new message search system.

Messages

  Messages Help
Advanced
Pallet BioPlama Felda   Message List  
Reply | Forward Message #45 of 57 |
Salam hormat,

Harga makanan yang naik melambung telah memberi tekanan kepada
penternak di negara kita. Ada beberapa kandang yang terpaksa ditutup
kerana kos operasi yang terlalu tinggi berbanding hasil kandang. Kami
turut merasa tekanan tersebut. Kami telah meminta nasihat daripada
rakan2 penternak lain dan juga badan berkenaan. Yang baiknya, ramai
yang menjadi kreatif akibat keadaan semasa dan telah berjaya
menggunakan berbagai hasil buangan seperti sisa jagung, pisang, soya,
sagu dari kilang IKS. Daun kelapa sawit dan rumput2 liar dan apa jua
daun yang boleh dimakan juga turut digunakan. Tetapi kami juga dapati
tidak semua penternak yang mempunyai kemudahan untuk mendapatkan hasil
makanan ini.

Kami juga telah dinasihatkan untuk terus menggunakan pallet sebagai
makanan sampingan untuk memastikan bekalan zat dan vitamin yang
kritikal untuk tumbesaran dan kesihatan kambing. Secara dasarnya,
makanan baik, kambing sihat dan produktif, anak dan susu banyak,
pulangannya pun baik dan masa tidak terbuang. Tentunya kita tidak
mahu membuang masa dan tenaga dengan memberi makanan yang tidak
bermutu dan 3-6-9 bulan kemudian kambing2 menjadi kurus, tidak sihat,
tak mau beranak dan sebagainya.

Kami pun telah meningkatkan penggunaan rumput napier dan meneruskan
pemberian pallet sebagai makanan sampingan. Kami mencuba beberapa
jenis pallet yang terdapat di Batu Pahat. Kami kemudian terus mencuba
dengan pallet Biopalma keluaran Felda. Kami dapati harganya masih ok.

Yang penting harganya adalah jauh lebih murah dari harga pallet soya
hull atau wheat yang telah kami gunakan yang berada disekitar
RM50/50kg bag sekarang ini.

Untuk memudahkan penternak di Batu Pahat, kami telah mendapatkan
bekalan pallet pallet Bioplama ini. Bekalan pallet Biopalma Biasa dan
yang khusus untuk Kambing telahpun selamat tiba di kandang kami di Sg.
Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor.

Harga terkini:

Pallet Biopalma biasa adalah RM38/50kg bag
Pallet Biopalma khusus untuk kambing adalah RM41/50kg bag

Kami telah mencuba beberapa jenis pallet dan kami mendapati pallet
Biopalma memberi pulangan terbaik pada harga yang berpatutan. Kami
yakin dengan pallet ini kerana itulah kami memberi pallet Biopalma
sebagai makanan sampingan kepada ternakan kami.

Kepada penternak yang berminat untuk mendapatkan bekalan pallet
Biopalma Felda, sila hubungi Shazali 0192737720, Faidzal 0123706480
atau NorAzam 0136020836. Kami faham masalah anda kerana kami juga
penternak seperti anda.




Sun Feb 8, 2009 4:36 am

mudgarl
Offline Offline
Send Email Send Email

Forward
Message #45 of 57 |
Expand Messages Author Sort by Date

Salam hormat, Harga makanan yang naik melambung telah memberi tekanan kepada penternak di negara kita. Ada beberapa kandang yang terpaksa ditutup kerana kos...
mudgarl
Offline Send Email
Feb 24, 2009
3:47 am

salam.....saya cuma nak tanya pallet ni sesuai kah sebagai makanan itik daging?tkasih ... Daripada: mudgarl <faidzalghazali@...> Subjek: [myladang]...
azman azizan
zmn_azizan
Offline Send Email
Mar 5, 2009
4:49 pm

salam tuan, makanan Pallet Bio Palma yang saya ada di sediakan untuk makan haiwan ruminan. Saya mendapat tahu bahawa Felda ada juga mengeluarkan makanan untuk ...
faidzal ghazali
mudgarl
Offline Send Email
Mar 8, 2009
2:04 am
Advanced

Copyright © 2009 Yahoo! Inc. All rights reserved.
Privacy Policy - Terms of Service - Guidelines - Help