Ketahuilah
bahawa dengan keluasan tanah yang terhad dan usaha yang sedikit dapat
memberikan pendapatan jangkapanjang yang lumayan untuk anda. Penanaman Buluh Madu bagi tujuan mendapatkan rebung menjanjikan pendapatan lumayan yang berpanjangan. Kami menjemput anda untuk menghadiri Taklimat Penanaman Buluh Madu yang akan diadakan seperti butir-butir dibawah ini : Tarikh : 11hb April 2009 (Hari Sabtu) Jam : 11.00 pagi Tempat : Dewan Kuliah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra 43000 Kajang, Selangor * KLIK DISINI UNTUK PETA LOKASI Sila hubungi 013-4652921 (Fauzi) Kita juga akan memberikan tips percuma tentang cara mudah bagi mengusahakan ladang buluh madu yang lumayan ini. ![]() Kami menawarkan perkhidmatan seperti berikut :
Fauzi : 013-465 2921 email : jerukrebung@... Laman Web : http://www.rebungmadu.blogspot.com/ INFO : Tanaman
pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja tanpa
memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Ia cuma
tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah
yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Tempoh matang pokok
buluh untuk penghasilan rebung juga singkat iaitu kira-kira seminimum 8
bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga
kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur. ![]() Harga rebung buluh bergantung kepada jenisnya iaitu RM5 bagi rebung jenis Buluh Betung yang belum diproses dan RM8 yang sudah diproses bagi setiap kilogram, manakala rebung Buluh Beting adalah RM3 bagi yang belum diproses dan RM5 untuk yang sudah diproses. Perusahaan rebung mempunyai potensi besar untuk dimajukan kerana permintaan yang banyak ekoran semakin ramai yang menggemari rebung. Ramai tak tahu rebung boleh digoreng dan paling digemari adalah masak lemak cili api rebung dengan ayam atau daging salai. Selain daripada itu rebung juga boleh di buat kerepek dan juga tepung.
PETA LOKASI
|




